Search
Close this search box.
Datuk Ifa Raziah berkata artis yang digelar diva merupakan mereka yang mementingkan kesempurnaan dalam bekerja terutamanya berdisiplin

Penampilan, gaya bukan kayu ukur digelar ‘Diva’ – Ifa Raziah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 28 Mei: Penampilan atau gaya dandanan seseorang artis tidak melambangkan mereka layak mendapat gelaran ‘Diva’, kata Datuk Ifa Raziah.

Menurut penyanyi dan pelakon sensasi tanah air itu gelaran tersebut selayaknya diberi kepada artis wanita profesional yang berdisiplin dalam berkarya dan menghiburkan para peminat.

“Gelaran diva adalah untuk artis wanita manakala bagi artis lelaki ialah, divo. Diva ini adalah artis wanita yang sangat mementingkan kesempurnaan.

“Mereka (diva) ini ingin bekerja dengan orang yang mementingkan disiplin dan menghargai masanya. Gelaran itu tidak terletak kepada karyanya mahupun penampilannya tetapi perwatakan mereka dan disiplin merupakan aspek paling penting bagi mereka,” katanya ketika sidang media selepas menjadi tetamu jemputan rancangan terbitan TVS, Anggun pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan penyampaian dalam bekerja seperti tingkah laku dan pertuturan yang dibawakan oleh rakan seperjuangannya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain antara penghibur yang selayaknya digelar Diva.

Bahkan pendatang baharu seperti Aina Abdul bagi Ifa Raziah layak diangkat menjadi diva dengan suara emas dan kualiti persembahannya sekali gus imej nya yang menarik.

Mengulas lanjut katanya, walaupun kehidupan seorang yang bergelar diva penuh dengan glamor, namun untuk menjadi diva, seseorang selebriti itu harus mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas.

“Cara penyampaiannya kepada orang lain itu penting dan juga pengetahuan yang luas. Pengalaman untuk menjadi diva atau meletakkan seseorang tiu sebagai diva memakan satu proses yang panjang.

“Perkara itu tidak boleh berlaku dalam sekelip mata, Perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan penghargaan dan anugerah itu. Namun, itu yang kita perlu hargai, pencapaian dalam bidang kita sendiri,” katanya lagi.

Ifa Raziah yang juga dikenali sebagai Miss Diva Ifa Raziah bakal tampil dalam rancangan terbitan TVS, Anggun Obses Cantik pada Rabu (29 Mei) pada jam 9:30 malam di TVS saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro.

Untuk rekod, Ifa Raziah mula berkecimpung dalam industri seni dan hiburan seawal tahun 1992 dan pernah meraih anugerah Artis Versatil Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2015 dan 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan