Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki kerugian Rm17,000 selepas diperdaya sindiket `phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dari Terengganu. Foto hiasan Envato

Pelajar di Sibu rugi RM17,000 diperdaya ‘pegawai polis Terengganu’

SIBU: 28 Mei: Seorang pelajar lelaki kerugian Rm17,000 selepas diperdaya sindiket `phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dari Terengganu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata berdasarkan laporan mangsa berusia 20-an dihubungi suspek pada 11 Mei lalu.

Menurutnya, suspek memberitahu mangsa terdapat bungkusan yang didaftarkan atas nama mangsa telah ditahan kerana barang tersebut mengandungi kad pengenalan dan kad kredit.

“Malah suspek yang menyamar sebagai Polis memaklumkan bahawa mangsa terbabit dengan jenayah penggubahan wang haram dan meminta mangsa untuk memberikan butiran peribadi dan maklumat perbankan.

“Mangsa kemudiannya telah diberikan nombor talian dan dikehendaki berhubung dengan ‘Dato Shariff Mokhtar’ bagi tujuan membantu menyelamatkan akaun bank mangsa.

“Mangsa yang agak panik telah membuat pemindahan wang sebanyak satu transaksi berjumlah RM17,000 ke dalam satu akaun bank tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zulkipli, mangsa hanya menyedari dia diperdaya oleh suspek apabila suspek meminta dia untuk membuat pindahan wang sekali lagi sejumlah RM10,000.

Katanya, suspek juga mengelakkan diri daripada menjawab pertanyaaan berkenaan siasatan kes mangsa tersebut.

Zulkipli berkata, susulan kejadian pengadu terus membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Sekysen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan