Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merakam gambar kenangan bersama atlet pada sesi tinjauan bagi sesi latihan atlet para SUKMA Ke-21 Tahun 2024 di Kolam Renang, Kompleks Belia dan Sukan di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Para SUKMA: Senarai pendek atlet Sarawak diketahui Julai

KUCHING, 28 Mei: Senarai pendek atlet Sarawak yang akan beraksi pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 akan diketahui pada Julai depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah optimis Sarawak akan menghantar seramai mungkin atlet bagi memgambil alih tahkta kejuaraan pada tahun ini.

“Seperti yang saya nyatakan tadi kami ingin mengambil bahagian sebanyak mungkin kerana apabila anda mengambil bahagian sebanyak mungkin peluangnya lebih besar.

“Kami juga mempunyai kelebihan untuk menjadi tuan rumah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi tinjauan bagi sesi latihan atlet para Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Tahun 2024 di Kolam Renang, Kompleks Belia dan Sukan di Kuching pada Selasa.

Sebanyak 10 sukan membabitkan 361 acara akan dipertandingkan pada temasya kali ini yang berlangsung di Sarawak pada 20 hingga 28 September 2024.

Fatimah berkata, Sarawak juga akan berusaha membuktikan kemampuannya untuk menjadi juara dengan menyasarkan 84 pingat emas.

Terdahulu, Sabah mencipta sensasi setelah bergelar juara pada temasya para SUKMA Ke-20 pada 2022.

Kejayaan tersebut telah memusnahkan dominasi Sarawak yang bergelar juara selama 13 temasya tersebut selepas negeri tersebut muncul juara pada kejohanan terbabit.

Sabah ketika itu berjaya membawa pulang 52 emas, 34 perak dan 31 gangsa meninggalkan juara bertahan, Sarawak di tangga kedua dengan kutipan pingat dengan 47 emas, 45 perak serta 48 gangsa manakala tempat ketiga jadi milik Johor yang memenangi 36 pingat emas, 28 perak dan 23 gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan