Search
Close this search box.
Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak berjaya merampas wang tunai sebanyak RM66,591 dan 36 unit telefon pintar dalam Ops Dadu Mega. Foto fail Bernama

Ops Dadu Mega: 97 suspek ditahan terlibat judi, loteri dan sabung ayam

ByKimberly Dickson

KUCHING, 28 Mei : Polis menahan seramai 97 suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan kegiatan judi atas talian, loteri awam tanpa lesen dan judi sabung ayam di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata kesemua mereka ditahan dalam 73 serbuan dalam Ops Dadu Mega yang diadakan pada 25 dan 26 Mei lepas.

Mancha mendedahkan kesemua suspek melibatkan 75 orang lelaki dan 22 orang perempuan.

“Pihak berkuasa turut merampas wang tunai RM66,591 dan 36 telefon pintar yang dikaitkan dengan kegiatan haram itu,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menambah suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda antara RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, berserta kemungkinan hukuman penjara sehingga lima tahun.

“Selain itu, kesalahan di bawah Seksyen 4A(a) Akta yang sama membawa hukuman denda antara RM20,000 dan RM200,000 serta penjara sehingga lima tahun,” katanya.

Sementara itu, Mancha menegaskan kesalahan berkaitan sabung ayam dikendalikan di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Sabit kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mancha sekali lagi mengulangi pendirian Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan kegiatan perjudian haram berlandaskan peruntukan undang–undang sedia ada dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di Kontinjen Sarawak.

Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan tersebut melalui hotline Whatsapp OP Dadu ditalian 013-5253052. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan