Search
Close this search box.
Muhammad Ammar dicium kedua ibu-bapanya dengan menunjukan keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehinya. Foto Zen Hashim (TVS)

Muhammad Ammar, jemaah haji muda raih 9A SPM

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 28 Mei: Menunaikan solat, menjaga hubungan dengan ibu bapa serta guru selain adab sesama kawan merupakan amalan seorang jemaah haji muda dari Malaysia, Muhammad Ammar Che Noor Azam yang berjaya memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar Sekolah Menengah Puchong Utama Satu berkata dirinya mendapat keputusan yang membanggakan itu selepas solat Subuh di Masjidil Haram pada Isnin bersama adiknya Muhammad Ameer, 17.

“Masa pertama kali tengok keputusan memang rasa gembira sebab sebelum ini saya tidak pernah mendapat semua A dalam mata pelajaran yang saya ambil.

“Saya rasa ia satu kejayaan besar dan alhamdulillah, Allah SWT terima doa saya setiap kali solat dan semasa di Raudah baru-baru ini,” kata Ammar ketika ditemui pemberita di hotel penginapannya di sini pada Selasa.

Keputusan peperiksaan itu kemudian dimaklumkan kepada bapanya Che Noor Azam Osman, 63, dan ibunya Kamsiah Mohd Kontol ,51, di hotel penginapan mereka di Abraj Al-Janadriyah di sini yang bersama-sama menunaikan haji.

Bagi dirinya, selain menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan ibu bapa, guru dan rakan juga tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan reda serta doa mereka.

“Sebabnya kita tidak tahu, mungkin kita sakitkan hati mereka, lalu Allah SWT tarik nikmat daripada kita dan kita tidak mahu perkara itu berlaku, kerana itu kita perlu jaga hubungan kita lebih-lebih lagi dengan Allah,” katanya.

Selain itu anak sulung daripada tigaadik-beradik berkenaan turut mengamalkan solat tahajud serta jadual pembelajaran yang lebih fleksibel untuk mengelakkan tekanan serta keletihan semasa belajar dan selebihnya berdoa serta bertawakal selepas berusaha.

Muhammad Ammar yang juga bekas ketua pengawas sekolah berkenaan mendapat lima A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Fizik; tiga A (Biologi, Kimia, Matematik Tambahan) dan A- dalam pelajaran Bahasa Melayu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan