Search
Close this search box.
Dato Dennis Ngau bersama tetamu kehormat lain dan para pemenang Shell LiveWIRE baru-baru ini. Foto Shell

Lima perusahaan terima dana permulaan Shell dan TEGAS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MIRI, 28 Mei: Lima pemenang cabaran Shell LiveWIRE Malaysia Sarawak 2024 masing-masing menerima dana permulaan berjumlah RM15,000.

Para pemenang terdiri daripada Benang Studio; 4×4 Quest Sdn Bhd; Koperasi Opah Sri Aman Berhad; Toclan Agrotech Company; dan Zinsolar Engineering Sdn Bhd yang merupakan sebahagian daripada lebih 60 peserta yang menyertai cabaran Shell LiveWIRE Malaysia Sarawak tahun ini.

Setiap pemenang menerima dana permulaan sebanyak RM10,000 dari Shell dan tambahan RM5,000 daripada TEGAS.

Selain itu, para pemenang akan menerima bimbingan perniagaan selama setahun untuk memperhalusi rancangan perniagaan mereka serta mendapat akses kepada sumber dan peluang disediakan melalui TEGAS.

Cek tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah TEGAS Dato Dennis Ngau sewaktu majlis dianjurkan di TEGAS Digital Village di pusat komersial Miri Times Square.

Dennis dalam ucapannya berkata, program berkenaan membuktikan kuasa keusahawanan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memupuk masyarakat yang berdaya saing.

“Dengan menyokong bakat keusahawanan, kami bukan sahaja membantu membina perniagaan yang berjaya tetapi juga mencipta kesan berantai yang memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih luas.

“Perniagaan baru seperti ini memainkan peranan penting dalam penciptaan pekerjaan, inovasi, dan kepelbagaian ekonomi, yang amat penting untuk pembangunan mampan Sarawak,” tambah beliau.

Barisan juri terdiri daripada Pengurus Program & Perkongsian TEGAS Digital Village dan Hab Inovasi Digital Afida Zaidi, Ketua Pemberita The Borneo Post dan Utusan Borneo Miri Philip Kiew dan Ketua ER/IR Shell Malaysia HR Patrick Pereira.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS Udin Bujang dan Pengurus Besar Perhubungan Korporat Shell Malaysia untuk Malaysia Timur Jonathan Jolly. – TVS

Tags: dana, shell, TEGAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan