Search
Close this search box.
Seorang pemandu kren maut akibat dipanah petir semasa berehat di dalam buai di Kampung Baru Pulau Tiga Sungai Layar sini semalam. Foto PDRM

Lelaki maut dipanah petir semasa berehat di bawah pondok

ByTVS

SUNGAI PETANI, 28 Mei: Seorang pemandu kren maut selepas dipanah petir semasa berada di bawah pondok rehat di hadapan rumahnya di Kampung Baru Pulau Tiga Sungai Layar sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa, Mohammad Shahrim Sheh Ali, 31, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini selepas ditemukan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari isteri mangsa berusia 31 tahun bersama abang dan rakan mangsa yang menyangka dia sedang tidur di dalam buai.

Katanya, kejadian berlaku semasa keadaan hujan lebat dan petir.

“Kira-kira pukul 10 malam semasa isteri dan rakan mangsa cuba mengejutkannya, mangsa didapati telah tidak sedarkan diri.

“Keluarga telah membawa mangsa ke hospital sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, siasatan lanjut mendapati mangsa berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang rekod penyakit kronik, manakala tiada unsur jenayah dijumpai.

“Siasatan di tempat kejadian juga menemukan kesan terbakar pada kayu untuk menggantung buaian dan wayar elektrik telah putus.

“Hasil bedah siasata juga mendapati kesan terbakar pada mangsa berpunca daripada panahan petir,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan