Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir pada Majlis menandatangani MoU membabitkan Pusaka Timber Industries dengan dua syarikat China, di Chengdu, baru - baru ini.

Kerjasama Pusaka Timber Industries dengan dua syarikat China dianggarkan jana pelaburan RM1.8 bilion

ByKimberly Dickson

KUCHING, 28 Mei: Syarikat milik Kerajaan Sarawak, Pusaka Timber Industries Sdn Bhd memeterai kerjasama dengan dua entiti perniagaan di China yang menyuntik pelaburan dianggarkan mencecah RM1.8 bilion.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani dengan G-COVE Technologies Co Ltd dan Sichuan Vanow New Materials Co Ltd untuk bekerjasama dalam sektor pembangunan ladang buluh, pulpa kayu dan produk berasaskan gentian di Sarawak.

Jelas beliau, kerjasama strategik itu antara lain akan memanfaatkan kekuatan dimiliki ketiga – tiga syarikat untuk bersaing dalam sektor pengeluaran produk berasaskan gentian buluh berkualiti tinggi di pasaran global.

Sarawak jemput syarikat China bekerjasama perkasa ekonomi hijau – Awang Tengah

“Berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk produk berasaskan gentian buluh mesra alam seperti tisu, kain lap basah, kotak acuan dan lampin, Sichuan Vanov New Materials Sdn Bhd mempertimbangkan Sarawak sebagai pangkalan untuk mengembangkan kapasiti mereka bagi memenuhi permintaan pasaran khasnya di negara – negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani MoU berkenaan di Chengdu, China baru – baru ini.

Turut menyertai rombongan beliau ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak,Datuk Len Talif Salleh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Dato Sri Mohd Naroden Majais dan Pengurus Besar Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Zainal Abidin Abdullah.

Dalam pada itu, Awang Tengah berkata, selain aliran masuk modal, kerjasama berkenaan akan turut menggalakkan pemindahan teknologi, pengetahuan dan membuka peluang pekerjaan.

“Ini selaras dengan aspirasi Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk mengubah Sarawak menjadi sebuah wilayah maju melalui kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan