Search
Close this search box.
Terdapat dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024. Foto hiasan Envato

Empat lokaliti di Sarawak termasuk hot spot denggi

ByKimberly Dickson

KUCHING, 28 Mei: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan empat lokaliti di Sarawak menjadi hot spot kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME20) tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 59 lokaliti hot spot dikesan di seluruh negara dengan 44 daripada di Selangor.

Jelas beliau empat lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga di Kedah, dua (Perak) dan masing – masing satu di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Pada minggu sebelumnya terdapat 69 lokaliti hot spot dikesan di seluruh negara.

“Terdapat dua kematian akibat komplikasi demam denggi yang dilaporkan pada ME20,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, 42 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 28 kematian bagi tempoh sama pada 2023.

Sementara itu, beliau memaklukan, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya.

Bagi survelan chikungunya pula, Muhammad Radzi berkata, terdapat satu kes direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes.

“Bagi survelan zika pula, sebanyak 1,021 sampel darah dan enam sampel urin dijadikan saringan zika dan hasil kesemuanya negatif,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan