Search
Close this search box.
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi yang memberangsangkan di seluruh rantau ini dengan pembelian terutama dalam saham telekomunikasi. Foto fail Bernama.

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, pulih daripada aktiviti pengambilan untung pada hari sebelumnya berikutan sentimen pasaran yang kukuh secara berterusan, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.16 mata kepada 1,621.43 daripada 1,618.27 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.38 mata kepada 1,620.65.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 234 berbanding 203 dengan 299 kaunter tidak berubah, 1,688 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 229.10 juta saham bernilai RM126.64 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun Wall Street ditutup sempena Hari Peringatan semalam, didapati pasaran niaga hadapan menunjukkan trend positif untuk ketiga-tiga indeks utama pada masa ini.

“Bagaimanapun, perhatian akan tertumpu kepada data perbelanjaan penggunaan peribadi AS yang dijadual dikeluarkan pada Jumaat ini,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat domestik, Thong menjangka belian saham meningkat, terutamanya dalam sektor perbankan berikutan kebanyakan institusi melaporkan pendapatan yang baik pada suku pertama 2024.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan turun naik dalam julat 1,620-1,630 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Public Bank dan CIMB, masing-masing menambah satu sen kepada RM4.14 dan RM6.91 manakala Maybank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing tidak berubah pada RM9.99, RM13.22 dan RM6.29.

Daripada saham aktif, Smart Asia Chemical naik 8.5 sen kepada 48.5 sen, GHL Systems meningkat enam sen kepada RM1.07, PDZ Holdings dan Avillion, masing-masing menambah satu sen kepada lima sen dan 7.5 sen manakala JCY International merosot satu sen kepada 50.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.66 mata kepada 12,364.78, Indeks FBMT 100 naik 16.52 mata kepada 11,960.81 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 12.62 mata kepada 12,638.64.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE merosot 0.76 mata kepada 5,549.16 dan Indeks FBM 70 berkurangan 2.93 mata kepada 17,800.81.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 23.94 mata kepada 17,682.29, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.32 mata kepada 196.81, Indeks Perladangan menambah 19.34 mata kepada 7,277.42 manakala Indeks Tenaga merosot 0.70 mata kepada 998.71. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan