Search
Close this search box.
Johnny Wactor ketika menghadiri tayangan premier sebuah filem pada Oktober lepas. Foto, AFP.

Aktor Amerika Syarikat terbunuh insiden tembakan di Los Angeles

ByBernama

LOS ANGELES, 28 Mei: Pelakon Amerika Syarikat, Johnny Wactor yang terkenal dalam siri televisyen ‘General Hospital’, terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat bandar Los Angeles, California, lapor media tempatan semalam.

Wactor maut ditembak awal Sabtu apabila dia menyergah tiga lelaki yang cuba mencuri peralatan keretanya, lapor Xinhua yang memetik laporan Los Angeles Times yang turut memetik sumber.

Aktor berusia 37 tahun itu ditembak oleh salah seorang suspek sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

Wactor kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia, menurut akhbar itu.

Wactor, yang kini difahamkan bekerja sebagai pelayan bar di pusat bandar dikatakan sedang menghantar rakan sekerjanya ke kereta selepas syif mereka, kata abangnya, Grant Wactor kepada akhbar itu.

Wactor melindungi rakan wanitanya itu ketika kejadian tembakan itu berlaku, lapor Deadline Hollywood, sebuah laman berita hiburan dalam talian.

Wactor juga pernah muncul dalam beberapa siri televisyen lain termasuk ‘Westworld’, ‘Station 19’,  ‘Siberia’ dan ‘Criminal Minds’.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan