Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot semasa Road Safety Campaign In Conjunction With Ma-Su' Gawai Serian Division Di Petronas Gedong Pada Selasa. Foto TVS

187 kemalangan direkodkan di jalan persimpangan Gedong sejak 2020

GEDONG, 28 Mei: Sebanyak 187 kes kemalangan direkodkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian melibatkan kecederaan ringan hingga kematian sejak Januari 2020 sehingga Mei 2024 di jalan persimpangan Gedong.

Ahli Parlimen Serian Dato Sri Richard Riot berkata, situasi itu amat membimbangkan berdasarkan jumlah kes kemalangan yang direkodkan dalam tempoh masa empat tahun tersebut.

“Dari Januari 2020 sehingga hari ini 187 kemalangan telah berlaku dalam tempoh empat tahun melibatkan kecederaan ringan kepada kematian dan saya tidak mahu mengatakan jumlah kematian tetapi hakikatnya 187 kemalangan telah berlaku.

“Dalam jangka masa yang kurang ini ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan jadi atas perkara ini saya berharap agar agensi yang berkenaan khususnya melibatkan pan borneo untuk melihat kepada aspek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Road Safety Campaign In Conjunction With Ma-Su’ Gawai Serian Division Di Petronas Gedong pada Selasa.

Dalam pada itu, Richard meminta agar orang ramai yang memandu sepanjang musim cuti perayaan Hari Gawai harus mematuhi peraturan serta undang-undang had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

“Pemandu yang mengantuk juga turut disarankan untuk berhenti di kawasan rehat bersesuaian sebelum meneruskan pemanduan ke destinasi dituju,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan