Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin BSI di Bilik Mesyuarat Gambir BSI di sini hari ini. Foto, Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Sistem Kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun

ByBernama

JOHOR BAHRU, 27 Mei: Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 1 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata fasa pertama  Sistem Kod QR bagi pelepasan Imigresen di CIQ  memfokuskan kepada penumpang bas rakyat Malaysia manakala penunggang motosikal di KSAB menggunakan bukti konsep (POC) selama tempoh tiga bulan sebelum ia diperluaskan kepada pengguna kenderaan persendirian pada fasa kedua; rakyat Singapura (fasa ketiga) dan warganegara lain.

“Dimulakan untuk rakyat Malaysia dahulu kemudian baru diperluaskan  kepada yang lain kalau ‘bukti konsep’ ini berjaya.

“Dengan kod QR ini, maknanya semua rakyat Malaysia yang hendak ke Singapura kena muat turun aplikasi MySejahtera buat masa ini dan satu lagi melalui sistem MyTrip,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bil.1 2024 dan sesi lawatan ke  Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin BSI di Bilik Mesyuarat Gambir BSI di sini hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan  Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Tambak Johor berkata pelaksanaan kod QR ini akan mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas BSI pada waktu puncak daripada 120 minit kepada 15 minit, manakala tempoh menunggu bas KSAB pula dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada 15 minit.

Menurutnya, pengguna motosikal di BSI pula dapat mengurangkan waktu menunggu daripada 40 minit kepada 30 minit, manakala tempoh menunggu pengguna motosikal di KSAB pula dapat dikurangkan daripada 45 minit kepada 30 minit.

Mac lalu, Singapura dilaporkan mengumumkan semua warga asing yang tiba dan keluar dari negara berkenaan dengan menaiki kereta sama ada menerusi pusat pemeriksaan Tuas atau pun Woodlands boleh menggunakan kod QR selain pasport untuk pelepasan imigresen yang lebih mudah dan pantas.

Berdasarkan statistik pada 2023 seramai 116 juta pengembara melalui kompleks CIQ di BSI dan KSAB, manakala sejak Januari tahun ini sehingga 15 Mei, seramai 53.8 juta pengembara dengan purata 398,000 sehari direkodkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan