Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024, di sini, hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Saya mahu jadi PM yang junjung kebebasan media, namun ada had – Anwar

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau akan menjunjung prinsip kebebasan media di negara ini.

Jelas Anwar, ini kerana kerajaan perlu memberi ruang untuk perkara berkenaan dan sekiranya perkara itu tidak diamalkan, Malaysia tidak akan menikmati demokrasi yang matang.

“Kalau tidak ada kebebasan, kita juga tidak ada pencernaan karya-karya agung dan hebat, baik dalam sastera mahupun politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 di sini hari ini.

RM1 juta diluluskan anjur kursus AI kepada media – PM Anwar

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan” itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana HAWANA 2024.

Sementara itu Anwar berkata, pada ketika kerajaan pimpinan beliau menjunjung amalan kebebasan media, perkara itu perlu mempunyai batas bagi menjaga keharmonian negara.

Jelas beliau, media boleh memberi pandangan mengenai kerajaan, namun isu berkaitan isu 3R (Raja, Kaum, Agama) tidak patut dipermainkan.

Beberapa nama dikemuka sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara baharu – PM Anwar

“Ia perlu mempunyai batas tertentu. Media tidak boleh salah guna kebebasan bagi memecah-belahkan dan menanam benih kebencian yang akan menghancurkan negara,” tambahnya.

Reporters Without Borders (RSF) dalam laporan tahunan mereka melaporkan Malaysia berkedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Media 2024.

Kedudukan ini jatuh berbanding posisi ke 73 pada tahun sebelumnya.

Namun, Anwar berkata, beliau tidak hirau ‘rating’ berkenaan kerana ujarnya apa yang lebih penting ialah menjaga keharmonian negara berbanding mendapat markah tinggi dalam kedudukan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan