Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 di sini, hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

RM1 juta diluluskan anjur kursus AI kepada media – PM Anwar

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Pusat Kecemerlangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi menganjurkan kursus dan latihan berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk para pengamal media di negara ini.

Menurut Anwar, peruntukan itu selaras dengan seruan agar warga media turut mendalami dan menguasai penggunaan teknologi termasuk AI ketika menjalankan tugasan.

Tujuan pengenalan inisiatif berkenaan kata Perdana Menteri bagi membolehkan AI memberi sumbangan dalam menghasilkan karya.

Abang Johari saran industri media kuasai peralatan penghantaran maklumat

“Kita minta Bernama bantu selaraskan. Sekarang ini Pusat Kecemerlangan Bernama diminta supaya menambah kursus, latihan terutama dalam bidang teknologi AI untuk pengamal media, kita luluskan RM1 juta untuk maksud itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dua Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan” itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana HAWANA 2024.

HAWANA 2024: Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI

Sementara itu Anwar berkata, wartawan pada hari ini mempunyai cabaran yang jauh lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

“Generasi sebelum ini berjasa besar kerana mereka di antara media perjuangan kebangsaan paling berkesan.Itu tidak boleh dimungkiri kenyataan itu. Sekarang ini dalam cabaran untuk mengangkat dan membina manusia baharu,” katanya.

Pada majlis sama Anwar turut mengumumkan beliau akan menyambung peruntukan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA 2025.

Jelas beliau ini bagi membolehkan lebih ramai lagi veteran dan pengamal media yang mengalami kesulitan hidup dan ditimpa keuzuran dapat dibantu.

“Jadi untuk kelab-kelab itu, saya rasa Fahmi Fadzil dan Abang Johari boleh bantu sikit untuk tahun ini saya akan sambung peruntukkan untuk tabung kasih HAWANA bernilai RM1 juta,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan