Search
Close this search box.
(Dari kiri) Viptreliner Softfriner Sila, Muhammad Irfan Danial Irwan Budi dan Daniel Aiman Rudysufian dari Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru. Foto TVS

Pelajar lepasan SPM 2023 luah rasa syukur peroleh keputusan memberangsangkan

ByKimberly Dickson

KUCHING, 27 Mei: Pasang niat untuk menimba ilmu sehingga ke peringkat tertinggi merupakan satu titik permulaan positif untuk melangkah jauh setelah tamat alam persekolahan.

Demikian motivasi bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru, Viptreliner Softfriner Sila yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu 3A+ dan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang baharu diumumkan hari ini.

Beliau bertekad menyambung pelajaran di institut pendidikan guru bagi merealisasikan cita-citanya menjadi seorang pendidik sejak kecil lagi.

“Saya rasa sangat bersyukur dan gembira dan tidak menyangka mendapat keputusan semua A dan lebih mengejutkan tiada A- dalam kesemua sembilan kertas peperiksaan yang saya duduki,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Bagi Muhammad Irfan Danial Irwan Budi,  berazam untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) setelah mendapat keputusan agak memberangsangkan.

“Saya sangat teruja kerana mendapat keputusan yang saya sasarkan selama ini menjadi kenyataan. Saya merancang untuk melanjutkan pelajaran iaitu Asasi Hayat UNIMAS,” ujarnya.

Irfan turut berkata dia agak gementar semasa ingin mengambil keputusan SPM kerana risau keputusannya mungkin tidak menggembirakan kedua ibu bapanya.

Namun, dia bersyukur kerana berkat kegigihannya mengulangkaji sebelum peperiksaan bermula membuahkan hasil kerana bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Daniel Aiman Rudysufian pula berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan enam setelah berpuas hati dengan keputusan SPM yang diperoleh yang setimpal dengan titik peluhnya selama ini.

Daniel turut menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan guru yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

“Saya ingin berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya dan tidak lupa juga dengan kedua-dua ibu bapa saya yang banyak mendoakan saya,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan