Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat di tapak tanah runtuh di tanah tinggi terpencil Papua New Guinea pada 25 Mei, membantu penduduk kampung mencari mangsa yang dikhuatiri maut. Foto AFP

Pasukan penyelamat ‘berlumba’ cari mangsa tanah runtuh Papua New Guinea

ByAFP

PAPUA NEW GUINEA, 27 Mei: Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat selepas kejadian tanah-runtuh memusnahkan sebuah perkampungan dan mengorbankan seramai 670 orang di Papua New Guinea kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberitahu AFP pada Isnin.

Menurut Pegawai Agensi Migrasi PBB, Serhan Aktoprak, kampung lereng bukit terpencil di wilayah Enga hampir musnah apabila sebahagian Gunung Mungalo runtuh pada awal pagi Jumaat sehingga menimbus banyak rumah ketika penghuninya sedang tidur.

“Sudah tiga hari tujuh jam sejak bencana ini melanda, kami sememangnya bertarung dengan masa namun isu lainnya adalah sejauh mana kami mampu membawa orang ramai ke tempat yang lebih selamat, “katanya.

Beliau berkata penyelamat bekerja dalam keadaan yang membahayakan.

“Batu-bata kerap jatuh dan menggerakkan tanah,” ujarnya.

“Lebih memburukkan keadaan, terdapat air bawah tanah yang mengalir di bawah serpihan yang mengubah permukaan tanah menjadi gelongsor.”

Sekitar 250 jumlah rumah berhampiran telah dipindahkan sebagai langkah berjaga- jaga, tegas Aktoprak.

Dalam pada itu, agensi bantuan dan pemimpin tempatan pada mulanya bimbang kerana lebih kurang 100 hingga 300 orang telah terkorban di bawah lumpur dan runtuhan tersebut yang merangkumi hampir empat padang bola sepak panjangnya.

Namun jumlah korban meningkat kepada 670 orang setelah pemimpin tempatan dan pekerja bencana menilai semula saiz penduduk yang tinggal di sana, kata pegawai PBB itu.

Tambahnya lagi, lebih kurang empat mayat telah dikeluarkan dari serpihan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan