Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini hari ini. Foto, Mohammed Raffiq (TVS).

Pandangan Kerajaan Sarawak penting untuk pastikan projek berjalan lancar – Anwar

BySalasiah Safian

KUCHING, 27 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pandangan diberikan oleh Kerajaan Sarawak sangat penting untuk memastikan semua projek dirancang berjalan lancar.

Kata Perdana Menteri, beliau mempraktikkan perbincangan dengan Kerajaan Sarawak sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Jelas Anwar ini melibatkan pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan tertinggi yang lain setiap kali mengadakan lawatan ke sini.

Saya mahu jadi PM yang junjung kebebasan media, namun ada had – Anwar

“Ada beberapa yang dibangkitkan umpamanya membabitkan perkara di bawah Kementerian Pendidikan berkaitan penambahan khususnya Bahasa Inggeris.

“Itu dari segi dasar tidak bercanggah asalkan Bahasa Melayu masih kekal. Jadi penambahan itu penting dan saya berpandangan untuk Malaysia melonjak ke depan penguasaan Bahasa Melayu harus mantap dan penguasaan Bahasa Inggeris juga harus ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini hari ini.

Apai, jurufoto ‘otai’ terpilih terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak

Tambah Anwar, perbincangan juga penting untuk mengekalkan hubungan baik di antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Terdahulu Anwar hadir pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Kuching.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan” itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana HAWANA 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan