Search
Close this search box.
Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi suku pertama 2024 berakhir 31 Mac 2024 meningkat kepada RM102.30 juta daripada RM93.44 juta pada suku pertama 2023. Foto, Facebook Takaful Malaysia.

Keuntungan bersih Takaful Malaysia naik kepada RM102.29 juta bagi suku pertama 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi suku pertama 2024 berakhir 31 Mac 2024 meningkat kepada RM102.30 juta daripada RM93.44 juta pada suku pertama 2023.

Perolehan melonjak kepada RM1.02 bilion daripada RM757.38 juta sebelumnya, didorong oleh hasil lebih tinggi dicatatkan oleh kedua-dua keputusan perkhidmatan takaful dan takaful, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia berkata hasil takaful meningkat 40 peratus kepada RM892.2 juta daripada RM635.3 juta pada suku sama tahun lepas, kebanyakannya disebabkan sumbangan lebih tinggi sebanyak RM67 juta terutamanya daripada takaful am.

Selain itu, ia juga disebabkan oleh jumlah lebih tinggi yang dicaj untuk perlindungan takaful dan yuran wakalah untuk takaful keluarga dan takaful am sebanyak RM188.6 juta dan pelepasan margin perkhidmatan berkontrak lebih tinggi sebanyak RM6.7 juta.

Takaful Keluarga menjana hasil takaful sebanyak RM449.6 juta untuk suku pertama 2024, menokok sebanyak 57 peratus berbanding RM286.5 juta dalam tempoh sama tahun lepas, kebanyakannya disebabkan oleh hasil takaful lebih tinggi diperoleh untuk perkhidmatan takaful yang disediakan.

Kumpulan itu terus mengembangkan perniagaannya dengan cara mampan dan mesra alam dan ia juga komited terhadap inisiatif industri Takaful mengenai Pengantara Berasaskan Nilai untuk membina Ekosistem Kewangan Mampan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan