Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada acara kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Foto, Bernama.

Kementerian Komunikasi tampung caruman PERKESO kepada ‘stringers’ mulai 1 Julai ini

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mengumumkan akan menampung caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada semua pengamal media kategori ‘stringers’ dalam tempoh satu tahun bermula 1 Julai ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata berdasarkan data Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), seramai 565 pengamal media yang berdaftar adalah bertaraf sambilan (stringers).

“PERKESO mengesahkan, 538 daripadanya tiada caruman PERKESO, namun layak didaftarkan.

“Stringers” yang dimaksudkan adalah pengamal media (yang berstatus sambilan namun bekerjasama sepenuh masa).

“Maka dengan ini, sukacita saya umumkan, bermula 1 Julai 2024, Kementerian Komunikasi melalui BERNAMA akan menampung caruman PERKESO untuk kesemua pengamal media dalam kategori tersebut bagi tempoh satu tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Fahmi berkata, setakat hari ini, jumlah keseluruhan pengamal media yang memiliki kad perakuan media JaPen seramai 11,235 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 11,055 merupakan warganegara manakala selebihnya pengamal media asing yang berpangkalan di Malaysia,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan