Search
Close this search box.
Roy Angau Gingkoi berucap pada Majlis Penutupan Karnival Lubok Antu 2024 di Dataran Rusa Engkelili pada Ahad. Foto TVS

Karnival Lubok Antu kongsi maklumat program dan bantuan kerajaan

ENGKILILI, 27 Mei: Karnival Lubok Antu bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat tetapi program itu turut berkongsi maklumat tentang program dan bantuan kerajaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi yang berkata demikian menambah, peluang melanjutkan pelajaran turut dikongsikan dengan masyarakat.

“Karnival ini turut membantu anak-anak tempatan yang berminat menyambungkan pelajaran melalui pameran anjuran institusi pengajian seperti ICATS, Centexs, IKBN dan sebagainya,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Karnival Lubuk Antu 2024 di Dataran Rusa Engkelili, semalam.

Tambahnya, sokongan berterusan dari masyarakat terhadap karnival-karnival yang dianjurkan seperti ini akan dapat memastikan ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Beliau berharap penganjuran Karnival Lubok Antu pada 2025 akan turut mendapat sambutan dan penglibatan daripada pelbagai pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan