Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil menyempurnakan Majlis Penangguhan Gawai Bazaar 2024 di MJC Batu Kawah, Kuching, malam tadi. Foto TVS.

Jualan Bazar Gawai 2024 cecah RM1.98 juta

KUCHING, 27 Mei:Hasil jualan Bazar Gawai di MJC Batu Kawah mencecah RM1.98 juta selepas 10 hari penganjurannya.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil berkata rekod tersebut mengatasi hasil jualan di Bazar Gawai yang diadakan di pekarangan Dewan Masyarakat, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada tahun lepas.

“Ini merupakan rekod jualan tertinggi pernah dicatatkan dan syabas kepada usahawan kita dan Jabatan Pertanian Sarawak yang mengurus gerai-gerai jualan,” katanya pada Majlis Penangguhan Gawai Bazaar 2024 di MJC Batu Kawah di sini, malam tadi.

Katanya, rekod tersebut terhasil menerusi penyertaan 180 gerai jualan produk makanan dan minuman, produk kraf tangan, perkhidmatan termasuk menjahit jualan produk perhiasan.

Bazar Gawai Dayak tahun 2024 mengetengahkan tiga kluster iaitu keusahawanan, seni persembahan dan sukan.

Beliau turut berharap agar pengajuran Bazar Gawai tahun hadapan lebih meriah dan bakal menerima ramai lagi pengunjung.

Tahun hadapan, Orang Ulu bakal menjadi tuan rumah bagi sambutan Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan