Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang mempengerusikan mesyuaray MExUnity di Johor Bahru, hari ini. Foto Kementerian Perpaduan Negara

Jelajah Belia Rukun Negara bermula Julai di seluruh negara

ByKimberly Dickson

KUCHING, 27 Mei: Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan program Jelajah Belia Rukun Negara bermula Julai hingga Disember 2024 di seluruh negara.

Kementerian itu memaklumkan pelaksanaannya akan membabitkan enam zon, terdiri daripada Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya), Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak) dan Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan).

Zon Timur membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang, Zon Borneo Sabah dan Labuan serta Zon Borneo Sarawak.

“Matlamat utama jelajah ini adalah untuk membentuk kemenjadian belia yang menjiwai Rukun Negara secara holistik demi mencapai masyarakat progresif di samping mengiktiraf peserta sebagai Duta Rukun Negara,” kenyataan itu dipetik.

Jelajah Belia Rukun Negara merupakan hasil perbincangan menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Negara Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang dipengerusikan Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang di Johor Bahru, hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara turut memaklumkan bahawa program itu akan menggiatkan lagi usaha serta pendekatan pengukuhan penghayatan pengamalan Ideologi Rukun Negara yang dizahirkan dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

“Menteri (Aaron) turut memohon jasa baik agar semua negeri mempunyai program signature perpaduan sendiri yang akan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas pelaksanaan program signature perpaduan di peringkat negeri seperti Pesta Angin Timur di Perlis, Pertandingan Pidato Rukun Negara di Melaka, Program Gagasan Rumpun Selangor di Selangor, Pertandingan Dikir Barat Perpaduan di Kelantan, Unity Camp Fire di Pahang dan Program Silang Budaya di Johor.

“Menteri Perpaduan menyatakan harapan agar semua barisan EXCO terus menyokong pelaksanaan program-program perpaduan bagi memperkukuh penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan masa kini,” kenyataan itu dipetik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan