Search
Close this search box.
HE Group mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 46.6 peratus, meningkat daripada RM44.2 juta pada suku S4 TK2023. Foto HE Group

HE Group Berhad umum pendapatan RM64.8 juta suku pertama 2024

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 Mei: Penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik, HE Group Berhad mencatatkan pendapatan RM64.5 juta bagi suku pertama tahun ini (1QFY2024).

Angka itu meningkat berbanding RM44.2 juta pada suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY2023).

Kumpulan itu memaklumkan mereka mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 46.6 peratus berbanding perolehan RM44.2 juta bagi 4QFY2023.

“Sistem Pengagihan Tenaga dan Sistem Bangunan menyumbang RM45.4 juta dan segmen kerja lain pula sebanyak RM15 juta yang menjadi penyumbang utama pendapatan.

“Ini masing – masing bersamaan 70.1 peratus dan 23.1 peratus,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan media hari ini.

Pada masa sama kumpulan itu memaklumkan keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi 1QFY24 sebanyak RM2.8 juta yang termasuk perbelanjaan penyenaraian sekali sahaja sebanyak RM2.7 juta.

“Melaraskan perbelanjaan ini, keuntungan asas kumpulan adalah lebih kukuh pada PBT diselaraskan sebanyak RM5.5 juta,” tambah syarikat itu.

Peningkatan tersebut disumbang oleh peningkatan tenaga kerja dalam segmen Sistem Pengagihan Kuasa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan