Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2024 di sini hari ini. Foto TVS

HAWANA 2024: Insentif rebat RAHMAH pengamal media diteruskan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Mei: Kerajaan akan meneruskan program Tabung Kasih@HAWANA yang bertujuan membantu wartawan veteran dan pengamal media yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, menerusi program yang diperkenalkan pada tahun lalu oleh kementeriannya menerusi agensi BERNAMA, menyaksikan 102 warga media telah dibantu setakat hari ini.

“Usaha ini akan kita teruskan untuk memastikan kebajikan pengamal media terbela. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta rakan-rakan media menjadi rakan strategik kepada kerajaan dalam usaha kita membantu mereka yang memerlukan.

“Sekiranya ada yang mempunyai maklumat, pihak kementerian menerusi BERNAMA mengalu-alukan penyaluran informasi berkenaan,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Wartawanan Nasional (HAWANA) 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengumumkan satu lagi khabar gembira buat pengamal media, apabila kementeriannya turut meneruskan insentif rebat RAHMAH pengamal media buat pada Ogos nanti.

“Bagi menghargai pengorbanan rakan media, tahun ini pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar yang dinamakan insentif rebat RAHMAH pengamal media akan dilaksanakan untuk tahun kedua pada bulan kebangsaan nanti,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata, mana-mana organisasi media berdaftar yang masih belum melanggan kadar korporat yang ditawarkan oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO) boleh berhubung dengan mana-mana pengendali MNO bagi mendapatkan kadar korporat khas untuk pengamal media bermula 1 Julai 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan