Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berswafoto bersama pengamal media ketika hadir pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 di Kuching, hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Beberapa nama dikemuka sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara baharu – PM Anwar

BySalasiah Safian

KUCHING, 27 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa nama telah dikemukakan sebagai calon Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu.

Namun menurut Perdana Menteri, setakat ini belum ada kata putus mengenai tokoh yang akan dilantik menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal.

“Speaker belum lagi, masih pada peringkat perbincangan awal.

“Saya menerima banyak nama untuk pencalonan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini hari ini.

Mutang yang merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 meninggal dunia pada 10 Mei 2024 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Beliau merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik ke jawatan berkenaan dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada 1982 hingga 1990.

Sebelum ini, Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meluahkan hasrat agar kekosongan jawatan itu akan diisi oleh wakil dari Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan