Search
Close this search box.
Che Noor Azam Osman (kiri) bersama dua anaknya, Muhammad Ammar Che Noor Azam dan Muhammad Ammer Che Noor Azam dan isterinya, Kamsiah Mohamad Kontol ditemui pemberita di Makkah, semalam. Foto Zen Hashim (TVS)

Bakal calon SPM bersyukur terima panggilan haji pada usia muda

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 27 Mei: Menerima panggilan ke Tanah Suci bagi mengejarkan Rukun Islam kelima sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam.

Perasaan sama turut dirasakan oleh dua beradik, Muhammad Ammar Che Noor Azam, 18, dan Muhammad Ameer Che Noor Azam, 17, yang berasal dari Puchong, Selangor.

Mereka tidak menyangka akan mendapat panggilan haji pada usia muda.

Muhammad Ameer Che Noor Azam berkata, dia sangat bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama bersama ibu bapanya iaitu Che Noor Azam Osman dan Kamsiah Mohamad Kontol.

“Sebenarnya tahun ini, saya akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun peluang untuk tunaikan haji sukar untuk ditolak,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kata Muhammad Ameer, dia tidak perlu berfikir panjang untuk menerima tawaran itu kerana menyedari sukar untuk mendapat slot menunaikan haji.

Ditanya mengenai cabaran bakal bergelar haji muda, Muhammad Ameer berkata, dia tidak mahu mengejar gelaran itu semata-mata sebaliknya mahu mencari kemabruran ibadah haji.

“Memang agak mencabar jika dipanggil dengan gelaran haji pada usia muda terutama oleh rakan-rakan namun saya akan cuba elak nanti.

“Yang penting bagi saya ialah mencari kemabruran haji, bukan perkara mudah tetapi saya cuba sedaya upaya,” katanya.

Adiknya, Muhammad Ammar pula berpandangan gelaran tersebut merupakan cabaran besar yang perlu dilalui mereka.

“Bagi saya gelaran haji muda memang beri satu cabaran kerana untuk kekalkan kemabruran haji agak sukar disebabkan oleh pengaruh di sekeliling kita.

“Saya juga harap agar kami dapat kekal istiqomah dan memperbanyakan amalan serta meneruskan amalan yang kami lakukan di Tanah Suci apabila pulang ke Malaysia nanti,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan