Search
Close this search box.
Jurugambar Star Media Group Zulazhar Sheblee bercakap kepada pemberita selepas menerima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Apai, jurufoto ‘otai’ terpilih terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Jurugambar Star Media Group, Zulazhar Sheblee yang terpilih menerima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak tidak menyangka akan diberi pengiktirafan berkenaan.

Zulazhar, 52, yang lebih dikenali sebagai Apai dalam kalangan pengamal media di Sarawak berkata, beliau difahamkan ini merupakan kali pertama jurufoto menerima anugerah pada majlis media.

Kementerian Komunikasi tampung caruman PERKESO kepada ‘stringers’ mulai 1 Julai ini

“Sudah tentu anugerah ini sebagai menghargai kami (jurufoto).

“Saya ada bertanya kepada rakan-rakan saya yang sudah berpengalaman dalam dunia media, mereka memberitahu tidak pernah dengar jurufoto menerima anugerah seumpama itu.

“Jadi anugerah ini bukan untuk saya seorang sahaja, tetapi juga kepada jurufoto yang lain kerana kami sering berada di belakang tabir,” katanya ketika ditemui TVS selepas majlis itu.

Turut menerima anugerah sama ialah bekas Ketua Wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Alice Wee Siok Lian, Editor New Sarawak Tribune, Murugiah Meyappan, wartawan kanan The Malay Mail, Sulok Tawie, bekas Editor Eksekutif Utusan Sarawak/Mingguan Sarawak, William Cornelius Chan Khun Neng, bekas wartawan Chinese Daily News, Johhny Loh Kee Kong dan penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak serta bekas Pengarang Bersekutu Berita Harian, Kadir Dikoh.

Kesemua mereka menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 di sini, hari ini.

RM1 juta diluluskan anjur kursus AI kepada media – PM Anwar

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Bercerita lanjut, Apai juga memaklumkan dia merupakan anak Sarawak pertama yang mengikuti kursus fotografi di Shah Alam.

“Masa itu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sahaja yang tawarkan kursus fotografi.

“Selepas tamat pengajian sekitar 1994, saya bertugas sebagai jurufoto sambilan di Borneo Post dan Berita Harian, serta Utusan Malaysia.

“Saya juga terlibat dalam reformasi pada 1998, kalau masih ingat, gambar mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu adalah hasil kerja saya,” katanya lagi.

Sementara itu, Sulok pula ketika diminta berkongsi pengalaman mengakui, kerjaya wartawan masa kini berubah.

“Jika dahulu, kita mempunyai peralatan asas namun kini, laporan berita dapat disiapkan dengan cepat menerusi telefon bimbit,” katanya.

Wartawan veteran itu telah berkecimpung dalam bidang kewartawan di Sarawak selama lebih 40 tahun.

Mengimbau kenangan manis sepanjang karier beliau, Sulok berkata beliau pernah memberitahu Abang Johari bahawa beliau akan menjadi pemimpin nombor satu Sarawak.

“Saya berkata kepada beliau bahawa dia akan menjadi Ketua Menteri Sarawak satu hari nanti.

“Pada ketika itu, semua orang gelakan saya dan apabila beliau dilantik, firasat saya benar,” katanya.

Pada majlis sama, Anwar turut menyampaikan Anugerah HAWANA 2024 kepada Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) kepada Presidennya, Ronnie Teo sebagai tanda penghargaan buat persatuan berkenaan.

Antara lain, anugerah HAWANA bertujuan mengiktiraf, dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan