Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertemu media asing pada Hari Kemuncak HAWANA 2024 di Kuching, Sarawak hari ini. Foto, Faitullah Morni.

Anwar, Abang Johari bertemu wartawan asing sempena HAWANA 2024

ByBernama

KUCHING, 27 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berjumpa dengan beberapa wartawan asing yang menyertai sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini hari ini.

Perjumpaan selama kira-kira 15 minit itu turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ketua biro Al Jazeera Kuala Lumpur Samer Fariq Mohammad Allawi yang turut serta dalam perjumpaan itu berkata Perdana Menteri berkongsi pendapatnya mengenai beberapa topik termasuk kebebasan media dan isu geopolitik dalam perjumpaan itu.

Pandangan Kerajaan Sarawak penting untuk pastikan projek berjalan lancar – Anwar

“Perdana Mernteri Anwar bermurah hati bertemu wartawan asing di Malaysia. Beliau bercakap mengenai isu geopolitik di Asia Tenggara dan pandangannya mengenai kestabilan rantau ini.

“Beliau juga menyuarakan sokongan kepada kebebasan media dan hadnya, ia adalah perbincangan ringkas, tetapi cukup baik,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan ketua pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada pengamal media dari Malaysia dan 12 negara lain menyertai HAWANA 2024.

Saya mahu jadi PM yang junjung kebebasan media, namun ada had – Anwar

Wartawan serta wakil pertubuhan dan kelab media dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Vietnam, Kemboja, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Perancis dan Kuwait itu telah berkumpul di Kuching sejak Sabtu untuk HAWANA 2024, yang diadakan buat pertama kalinya di Bumi Kenyalang ini.

Perhimpunan terbesar wartawan Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak, dengan Bernama sebagai agensi pelaksana.

Pelbagai program dan aktiviti telah diatur untuk memeriahkan sambutan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan