Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada acara kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Foto, Bernama.

Abang Johari saran industri media kuasai peralatan penghantaran maklumat

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Mei: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, pihak berkepentingan yang terlibat dengan penghantaran informasi perlu menguasai teknologi itu dengan lebih menyeluruh.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, ini termasuklah peralatan yang digunakan dalam medium berkenaan.

Ke arah itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan memberi penekanan kepada aspek berkenaan menerusi seminar yang dianjurkan di wilayah ini pada masa akan datang.

Abang Johari cadang wujudkan kod etika sebagai parameter industri media peringkat global

“Selain domain dalam ruang penghantaran maklumat yang kita gunakan untuk hantar data dan maklumat, kita juga mesti tahu berkaitan hardware.

“Di Sarawak kita menganjurkan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) yang berkaitan dengan digital dan infrastruktur teknologi, harapnya untuk IDECS edisi berikutnya, saya telah mencadangkan kepada Abdullah (Datuk Abdullah Saidol,Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) supaya kita pamerkan semua hardware yang digunakan oleh wartawan terutamanya teknologi terkini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan” itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana HAWANA 2024.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak turut mengiktiraf kepentingan industri media ke arah pembangunan wilayahnya.

HAWANA 2024: Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI

Abang Johari berkata, mereka telah mengorak langkah dengan menganjurkan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 semalam.

“Inilah kali pertama Sarawak anjurkan persidangan istimewa untuk industri media dan insya-Allah kita akan jadikan sebagai acara tahunan,” kata Abang Johari.

Abang Johari turut mengulangi pendirian bagi memerangi berita palsu dan kebangkitan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“AI akan mengubah landskap pelaporan dan di situlah berita palsu dan berita benar boleh dibezakan jika media pandai menggunakan hardware dan juga software dalam penyebaran maklumat,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan