SMeC akan dijadikan acara tahunan – Abang Johari

KUCHING, 27 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Persidangan Media Sarawak (SMeC) akan dijadikan acara tahunan bagi memastikan pengamal media di Bumi Kenyalang diberi pendedahan berterusan mengenai perkembangan teknologi terutama dalam dunia kewartawanan.