Search
Close this search box.
Wong Su Chung melakar sejarah apabila menjadi anak Sarawak pertama menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada 19 Mei lalu. Foto, Nima Adventure Trek and Expedition.

Warga emas 60 tahun muncul rakyat Sarawak pertama tawan Everest

ByDouglas Elliot

KUCHING, 26 Mei: Seorang lelaki warga emas menjadi anak Sarawak pertama yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.

Wong Su Chung, 60, melakar sejarah itu selepas menyempurnakan pendakiannya pada 19 Mei lepas.

Ketua Canseri di Kedutaan Besar Malaysia di Nepal, Syamsul Rizal Abdul Rahman berkata, Su Chung turut menerima sijil dari Nepal Mountaineering Association yang mengiktiraf pencapaiannya itu.

“Kejayaan beliau menawan puncak Everest melalui laluan Nepal merupakan satu kebanggan buat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media.

Sementara itu Su Chung berkata, dia telah melakukan persiapan rapi selama tiga tahun dan berjaya menamatkan ekspedisi dalam tempoh 45 hari.

“Tambah manis, tarikh itu bersamaan dengan ulang tahun perkahwinan saya yang ke-34,” katanya.

Su Chung tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri semalam dan disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting.

Sebelum ini, seorang rakyat Sarawak, Kanang Usin dari Bintulu gagal dalam misinya untuk menawan puncak tertinggi itu pada Mei 2022 kerana berdepan cuaca buruk. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan