Search
Close this search box.
Sarawak menjuarai kategori foil wanita pada Kejohanan Lawan Pedang Jemputan Sarawak di Miri semalam. Foto,Ecarlferrer Calla.

Thailand, Sarawak juara Kejohanan Lawan Pedang Jemputan Sarawak 2024

ByTVS

MIRI, 26 Mei: Thailand muncul juara kategori foil lelaki pada Kejohanan Lawan Pedang Jemputan Sarawak 2024 semalam setelah menewaskan pasukan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak.

Negeri Sembilan dan Sarawak pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas tewas pada saingan separuh akhir.

Bagi kategori eppe lelaki, Negeri Sembilan menebus kekecewaan mereka setelah menewaskan MSN Sarawak manakala Perak dan Brunei menamatkan saingan di tempat ketiga.

Sementara itu Sarawak menjuarai kategori foil wanita manakala Brunei pula mengungguli kategori saber wanita.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selaras dengan agenda negara untuk mewujudkan masyarakat sihat dan membudayakan sukan, Kerajaan Sarawak akan terus menyokong dan menggalakkan penganjuran acara sukan.

Katanya, kejohanan sukan juga perlu diadakan secara berterusan supaya untuk merasai impak dan manfaatnya dari segi kesihatan.

“Kejohanan seperti ini perlu diadakan secara berterusan agar impaknya dapat dirasai dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup serta melahirkan atlet yang berpotensi dan hebat,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau semasa majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan itu semalam.

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Lawan Pedang Negeri Sarawak (PSLPNS) itu turut menjadi medan persiapan atlet yang akan bertanding acara berkenaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak.

Acara lawan pedang dijadualkan berlangsung di Miri.

Seramai 150 peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Filipina mengambil bahagian dalam kejohanan selama empat hari di Permy Mall yang berakhir semalam. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan