Search
Close this search box.
Abdul Karim melepaskan peserta perlumbaan basikal kategori Lelaki Terbuka tengah hari tadi. Foto, TVS.

Sukan SEA 2027: Sarawak mahu upacara perasmian berlangsung di Kuching

ByTVS

KOTA SAMARAHAN, 26 Mei: Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching sekiranya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan hasrat mahu menjadi penganjur besama temasya dwi tahunan itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, itu merupakan antara syarat yang disuarakan Sarawak kepada KBS.

Abdul Karim berkata, ketika ini rundingan sedang giat dilakukan oleh pihaknya dengan Kerajaan Persekutuan bagi menentukan bentuk kerjasama membabitkan Sarawak dan Kuala Lumpur.

MYSED optimis acara Sukan SEA 2027 diadakan di Sarawak

“Syarat saya dan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) ialah perasmiannya di Kuching dan upacara penutupannya boleh dibuat di Kuala Lumpur.

“(Berhubung) acara sukan pula, kita bahagikan iaitu sebanyak 18 sukan di Kuala Lumpur dan 18 di Sarawak,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Samarahan Bike Challenge 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, pihaknya telah berbincang dengan Sarawak berhubung perkara itu bagi melihat peluang wilayah berkenaan menjadi penganjur bersama temasya berkenaan.

Ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017, beberapa acara diadakan di luar Kuala Lumpur dan Selangor iaitu berbasikal di Nilai, Negeri Sembilan, ekuestrian di Terengganu dan perahu layar di Langkawi, Kedah.

Pada edisi 2001, ketika negara ini menjadi tuan rumah, angkat berat, memanah dan pencak silat berlangsung di Johor manakala tinju, perahu layar dan lumba basikal di Negeri Sembilan.

Wushu, judo, boling tenpin dan skuasy pula memilih Pulau Pinang sebagai venue pertandingan.

Menyentuh mengenai Samarahan Bike Challenge 2024, Abdul Karim turut memuji penganjur iaitu Majlis Daerah Kota Samarahan kerana berjaya menarik lebih 300 pelumba basikal dalam dan luar negara.

Katanya lagi, perlumbaan edisi kelapan ini berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan membabitkan pelumba.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan antaranya kategori belia, wanita Men Master A, Men Master B, Tertutup Sarawak dan Lelaki Terbuka.

Kategori Lelaki Terbuka dimenangi oleh Mohd Hakimi Haiqal dari kumpulan Izrimee Bike manakala bagi kategori Tertutup Sarawak dimenangi oleh Charles Kin Diking dari kumpulan Ghostspeed Racing Team-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan