Search
Close this search box.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ketika hadir pada Majlis Makan Malam Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 malam ini. Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.Foto, Bernama.

SMeC 2024: Tun Dr Wan Junaidi rai media tempatan, antarabangsa

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 26 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri majlis makan malam di sini bagi meraikan warga media sempena Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024.

Pada majlis ini, Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohammad Sanusi meraikan kira-kira 800 pengamal media dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia termasuk dari 11 negara lain antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kumpulan pengamal media tempatan dan antarabangsa ini berhimpun di Sarawak pada persidangan yang julung kali diadakan di negeri ini sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Pada majlis itu, para pengamal media dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian dari Majlis Seni Sarawak (MSS).

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Majllis turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol

SMeC 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok dengan membentangkan 11 topik, selaras dengan tema persidangan, “Evolusi Media dalam Era Digital”.

Ia menyaksikan tujuh penceramah terkemuka menyampaikan topik berkenaan dengan persidangan itu juga menjadi platform terbaik dalam memperluaskan jaringan kerjasama terutamanya dalam kalangan organisasi dan pengamal media di rantau ASEAN.

Pada esok hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menghadiri sambutan kemuncak HAWANA 2024 di sebuah hotel di sini dengan majlis itu dijangka disertai 1,000 pengamal media dari luar dan dalam negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan