Search
Close this search box.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Makkah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas. Foto hiasan, Envato.

Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

ByBernama

SEPANG, 26 Mei: Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Makkah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ditemui pemberita selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.

“Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.

“Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah,” katanya.

Kami hendak bantu lebih ramai orang – Sahabat Maktab

Mohd Na’im berkata TH akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.

“Saya sendiri telah hubungi waris iaitu anak Allahyarham dan menaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya,” katanya.

Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fisik sudah tidak mampu melaksanakannya.

Sementara itu, beliau mengingatkan bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh perhatian terhadap ibadat haji serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Haji: Malaysia negara pertama dilulus permit operasi ambulans

Beliau berkata operasi haji dikendalikan TH ketika ini berjalan lancar, dengan 16,000 bakal jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Makkah sejak penerbangan pertama pada 9 Mei.

“TH sentiasa diingatkan untuk memberikan beri perkhidmtaan terbaik kepada jemaah haji.

“Saya ingin nasihat jemaah haji yang telah tiba di tanah suci dan akan berangkat supaya sentiasa perkukuh ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji,” katanya.

Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan