Search
Close this search box.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersalaman dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika hadir pada Majlis Makan Malam Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 malam ini.Foto, Bernama.

Sarawak komited sokong industri media profesional, pupuk inovasi – Abdullah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 26 Mei: Kerajaan Sarawak komited untuk menyokong industri media profesional,memupuk inovasi dan mempromosikan literasi media bagi memastikan landskap industri itu di negeri ini kekal dinamik, inklusif dan beretika.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, keseriusan dalam hal itu diperlihatkan menerusi penganjuran Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 yang julung kali diadakan di wilayah ini sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.

SMeC 2024: Tun Dr Wan Junaidi rai media tempatan, antarabangsa

Menurut Abdullah, penganjuran SMeC 2024 selama dua hari bermula hari ini diyakini membantu para pengamal media menerusi perbincangan dan kupasan topik berkepentingan.

“Saya percaya bahawa persidangan selama satu setengah hari ini segala perbincangan yang diketengahkan mencukupi terutama sekali melibatkan beberapa isu dan cabaran dalam teknologi media baharu seperti privasi, keselamatan, berita palsu, ketagihan dan penggunaan berlebihan, polarisasi dan ruang gema, ketidaksamaan pendapatan dan jurang digital,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada majlis makan malam sempena Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohammad Sanusi serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pada majlis itu, kira-kira 800 pengamal media dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia termasuk dari 11 negara lain antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura diraikan.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, platform media baharu menjadi cabaran kepada pengamal media di seluruh dunia meskipun kehadirannya turut memberi impak positif dalam beberapa aspek.

“Walaupun media baharu telah membawa banyak faedah dan peluang, ia turut mendatangkan beberapa isu dan cabaran yang perlu diberi pehatian.

“Kita (media) menuju ke arah persekitaran yang lebih kompetitif ke arah digital, mudah alih dan media sosial,” ujarnya.

Abdullah menambah, media baharu memberi impak positif dan negatif kepada masyarakat, menjejaskan segala-galanya daripada cara orang ramai menggunakan berita dan hiburan kepada cara mereka membentuk dan mengekalkan hubungan.

Namun begitu, pada sisi positif, Abdullah berkata, ia telah membuka peluang baharu untuk perniagaan dan organisasi untuk mencapai dan melibatkan diri dengan masyarakat dengan kaedah baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan