Search
Close this search box.
Awang Tengah diberi penerangan mengenai produk dihasilkan G-Cove di Chengdu, China. Foto, Pejabat Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sarawak jemput syarikat China bekerjasama perkasa ekonomi hijau – Awang Tengah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 26 Mei: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) meneroka peluang untuk bekerjasama bagi memantapkan ekonomi hijau dengan Syarikat G-Cove di China.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau telah melawat syarikat itu yang berpengkalan di Chengdu dan mengadakan perbincangan untuk menghasilkan produk berkualiti berasaskan buluh.

Kata Awang Tengah, model perniagaan G-Cove dilihat selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak yang memberi tumpuan untuk membangunkan industri di bawah dasar ekonomi hijau.

“Menerusi tanah, infrastruktur dan tarif elektrik hijau di Sarawak, kita ingin menjemput G-Cove untuk mengembangkan produk halal dan biodegrasi di Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rombongan Awang Tengah yang turut disertai oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Penasihat MINTRED Dato Sri Mohd Naroden Majais disantuni oleh Presiden G-Cove, Eugene Chua.

Menjelaskan lebih lanjut berhubung potensi kerjasama itu, Awang Tengah berkata, kementerian beliau menjemput G-Cove untuk meluaskan pangkalan di Sarawak.

“(Ini) bukan sahaja untuk menarik pelabur dari China malah menilai teknologi dan produk yang sesuai untuk industri pemprosesan berasaskan buluh di Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, pembungkusan G-Cove merupakan yang pertama disahkan halal dan berjaya menarik pengguna Islam di China, Timur Tengah dan Malaysia. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan