Search
Close this search box.
Penyanyi Nabil Zamanhuri. Foto, Nabil Zamanhuri (Instagram).

Penyanyi Nabil Zamanhuri meninggal dunia

ByDayu Adruce

KUCHING, 26 Mei: Penyanyi Nabil Zamanhuri yang juga naib juara program realiti Mentor dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang, pagi tadi.

Berita pemergian Nabil atau nama lengkap, Nabil Zafril Zamanhuri disahkan oleh abangnya, Ammar Bahrin menerusi hantaran di Instagram.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Adik kami yang tercinta Nabil Zamanhuri telah pulang ke rahmatullah pagi tadi sekitar pukul 9 pagi,” ujarnya.

Nabil Zafril turut meminta orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Nabil serta mendoakan supaya adiknya di tempatkan bersama golongan beriman.

Allahyarham yang popular dengan lagu Hati Ini difahamkan meninggal dunia akibat sesak nafas punca namun punca sebenar masih lagi belum disahkan kerana proses dibedah siasat sedang dilakukan di hospital berkenaan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.

Sementara itu penyanyi Dewi Seriestha yang merupakan rakan Nabil ketika menyertai program berkenaan berkata, dia tidak percaya dengan berita yang diterimanya pagi ini.

Penyanyi kelahiran Sarawak itu berkata, dia rapat dengan Nabil ketika mereka bersaing pada program realiti itu kira – kira 20 tahun lepas.

“Macam tak percaya, rasa sesak nafas buka Instagram berita ini keluar.

“Arwah batch Dewi masa sertai program itu dan kami rapat,” tulis Dewi menerusi insta storynya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan