Search
Close this search box.
Sufian menerima cenderamata pada program NRMF. Foto, TVS

Limbang alami pembangunan drastik di bawah kepimpinan Abang Johari

LIMBANG, 26 Mei: Pelbagai bentuk pembangunan yang dilaksanakan di sini di bawah pentadbiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memanfaatkan rakyat dan perniagaan.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi tumpuan kepada pembangunan sosioekonomi, pelancongan, pembangunan usahawan, infrastruktur asas dan sebagainya.

“(Di bawah pentadbiran Abang Johari) pembangunan drastik yang berlaku telah memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat serta memastikan Limbang membangun standing dengan kawasan lain.

“Sudah tentu tempiasnya akan turut dirasai oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis  Perasmian dan Penangguhan Festival Muzik Wilayah Utara Edisi Keempat di Amphitheatre, Tebingan Sungai Limbang di sini, malam tadi.

Turut hadir, wakil Residen Limbang, Aspalela Sahmoni, Pengurus Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang, Muhammad Zakwan Yusof dan Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Parum Niot.

Sementara itu, Sufian turut memaklumkan sebanyak 18 program utama akan dan telah dilaksanakan di Limbang pada tahun ini.

“Program-program yang berkonsepkan kebudayaan, kesenian, sukan, pendidikan serta pertanian ini mampu memberi impak terhadap peningkatan ekonomi masyarakat setempat selain menarik kemasukan pengunjung luar,” katanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, festival muzik yang dianjurkan RTM Limbang dengan kerjasama Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Pejabat Residen Bahagian Limbang, Majlis Daerah Limbang (MDL) itu turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan