Search
Close this search box.
Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian kekecohan di luar Stadium Cheras selepas aksi Liga Super antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT), semalam. Foto, Youtube ‘Fr7 Reborn’.

Kekecohan di luar Stadium Cheras, polis buka kertas siasatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian kekecohan di luar Stadium Cheras selepas aksi Liga Super antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT), semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata polis mengesan klip video berdurasi 4 minit 42 saat yang dimuat naik pemilik akaun Youtube ‘Fr7 Reborn’ pada 2 petang tadi memaparkan  sekumpulan penyokong membaling objek dan mercun semasa keluar dari stadium selepas perlawanan itu.

JDT belasah KL City 5-1

Beliau berkata polis turut menerima satu laporan polis berkenaan kes pecah cermin kereta daripada seorang lelaki warga tempatan dalam kejadian itu.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan berkenaan sedang giat dilakukan,” katanya  dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan