Search
Close this search box.
Pasukan beregu campuran negara Goh Soon Huat (kiri) dan Lai Shevon Jemie menjulang Piala Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 selepas Malaysia menang kepada Indonesia 21-18, 21-19 pada pusingan akhir perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. (Foto Bernama)

Kejayaan berganda buat Soon Huat-Shevon muncul juara Masters Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda, apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini, hari ini.

Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu, meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil negara meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.

Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.

Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 kerana pandemik COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan