Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan bantuan sumbangan makanan serta wang tunai Hari Gawai 2024 kepada golongan yang kurang berkemampuan di Kuching. Foto, TVS

Douglas Uggah agih sumbangan Hari Gawai 2024 kepada 71 penerima

KUCHING, 26 Mei: Seramai 71 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, warga emas dan orang kurang upaya(OKU) menerima sumbangan bantuan makanan dan wang tunai daripada Sarawak Hun Nam Siang Tng.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) badan itu sempena sambutan Hari Gawai yang bakal tiba.

“Anda perlu tahu bahawa beginilah cara kita di Malaysia, terutama di Sarawak yang membantu rakyat kurang berkemampuan serta yang ditimpa kesusahan.

“Sumbangan yang diberikan ini diharap dapat meringankan beban anda semua terutama pada masa sambutan Hari Gawai kelak. Pemberian sumbangan bantuan makanan serta kewangan ini merupakan cara menunjukkan rasa prihatin kepada semua golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Gawai 2024 di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Datuk Jack Aman Luat, Pengerusi Sarawak Hun Nam Siang Tng, Tay Boon Sin dan Pengerusi 38 Yayasan Amal Cinta, Dato Sri Ho Kim Hee.

Tambah Douglas Uggah, pemberian sumbangan itu merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi mereka kerana dengan adanya sumbangan ini, mereka akan dapat meraikan perayaan Gawai meskipun secara sederhana.

Para penerima sumbangan menerima bakul makanan yang mengandungi sekampit 10 kilogram beras, minyak masak, telur selain wang tunai RM50. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan