Search
Close this search box.
Deirdre (duduk tengah) bersama Clarissa (kiri) dan Nelly (kanan) memberi senyuman selepas diumum sebagai pemenang tiga tempat teratas pada Pertandingan Kumang Gawai Sibu 2024 semalam. Foto, TVS

Deirdre Serena Sendi Michael Remy dinobat Kumang Gawai Dayak 2024 Sibu

SIBU, 26 Mei: Gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 menjadi milik Deirdre Serena Sendi Michael Remy selepas menewaskan lapan peserta pada Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Sibu malam tadi.

Selaku juara, pemegang ijazah sarjana bidang pelancongan berusia 27 tahun itu membawa pulang hadiah RM4,000, mahkota, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Datin Sri Angelina Ujang yang merupakan isteri kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Deirdre Serena yang bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur berkata, pertandingan itu amat bermakna baginya kerana dapat memberi inspirasi kepada wanita Iban melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan di samping mengutamakan pendidikan.

“Melalui platform ini, saya berharap untuk memberi inspirasi serta tauladan kepada anak-anak muda untuk mencabar diri sendiri dalam pertandingan Kumang atau aktiviti kebudayaan agar warisan tradisi sentiasa kekal terpilihara.

“Kemenangan ini saya dedikasikan kepada nenek, Dorin Linang yang juga seorang penenun Pua Kumbu yang aktif dan berdedikasi selama lebih 20 tahun.

“Saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur majlis iaitu Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) yang menjayakan program itu,” katanya.

Gadis yang berasal dari Rumah Panjang Winston Kennedy, Sekuau, Kanowit itu berhasrat untuk menyambung pengajiannya Ijazah Kedoktoran pada tahun depan.

Sementara itu naib johan dimenangi oleh oleh Clarissa Rinya Setian,20, yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga (Selingkar Matahari) serta hadiah wang tunai RM2,000 disandang oleh Nelly Mujan Rogelio. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan