Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 sempena HAWANA yang berlangsung di Kuching. Foto, TVS.

Abang Johari cadang wujudkan kod etika sebagai parameter industri media peringkat global

ByBong Yi Sien

KUCHING, 26 Mei: Pihak berkenaan digesa mewujudkan kod etika tertentu yang berfungsi sebagai parameter bagi industri media di seluruh dunia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas Premier Sarawak itu, kod berkenaan harus dibuat dan dicadangkan oleh wartawan supaya ia dapat dijadikan sebagai tanggungjawab media kepada kemakmuran, bukan setakat negara, tetapi seluruh pemegang taruh.

“(Jika berkenaan) perubahan iklim kita mempunyai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai garis panduan, saya rasa industri media juga perlu dikendalikan dengan satu kod etika global untuk memastikan kita menggunakan media secara profesional tanpa menyalahgunakan untuk agenda lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 di sini hari ini.

HAWANA platform bincang etika kewartawanan, kelangsungan industri media

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Persidangan selama dua hari ini bertemakan Evolusi Media dalam Era Digital,” bermula hari ini dengan penyertaan kira-kira 600 peserta tempatan dan antarabangsa.

SMEC 2024 diadakan sempena Hari Wartawan Negara (HAWANA) 2024, yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

HAWANA 2024 dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan 11 negara lain iaitu Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan dan Qatar.

HAWANA platform tingkat pemahaman masyarakat mengenai etika kewartawanan

Sementara itu Abang Johari turut menyuarakan pandangan beliau mengenai teknologi Kecerdasan buatan (AI) yang boleh menjadi senjata berbahaya sekiranya disalah guna.

“Teknologi AI mampu melaksanakan tugas yang tidak pernah kita dibayangkan sebelum ini dan telah memberikan cabaran besar kepada manusia.

“(Sebagai contoh) seperti sekarang, saya bercakap dengan anda dalam bahasa Inggeris, tetapi melalui Al, ia boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa seperti Bahasa Malaysia, Mandarin, mahupun Sepanyol dalam masa nyata.

“Imej juga boleh dilaraskan dengan bibir anda seolah-olah bercakap dalam bahasa itu,” katanya.

Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita – Ahli akademik

Apa yang menjadi kebimbangan jelas Abang Johari ialah sama ada kandungan itu benar kerana Al generatif boleh menghasilkan fakta lain dalam kandungan sebenar.

“Ini adalah cabaran sebenar. Al akan menentukan manusia, bagaimana kita hidup, mentadbir dan berinteraksi,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan