Search
Close this search box.
Kira-kira 5,000 ekor ayam ternakan renung dalam kebakaran di sebuah ladang ayam di Jalan Matang di sini, hari ini.

5,000 ayam rentung kebakaran ladang ayam di Matang

KUCHING, 26 Mei: Kira-kira 5,000 ekor ayam rentung selepas sebuah ladang ternakan di Jalan Matang, di sini terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 7.11 pagi tadi.

Jelas PGO, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan bantuan lapan anggota BBP Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan ladang ayam yang menempatkan kira-kira 5,000 ekor ayam.

“10 reban ayam berhampiran berjaya diselamatkan dengan luas keseluruhan ladang itu sekitar 20 ekar,” jelas PGO JBPM Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Tambah PGO, kebakaran berjaya dikawal pada 8.25 pagi.

Sementara itu, operasi pemadaman menyebabkan seorang anggota BBP Petra Jaya cedera di bahagian kaki akibat terjatuh dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan