Search
Close this search box.
Kimberly Bong mula mencuri tumpuan apabila muncul sebagai peserta Kejohanan Grand Prix Terjun FINA Australia 2016 pada usia 14 tahun. Foto fail Bernama

‘Terima kasih Kimberly atas sumbangan dalam bidang sukan’

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Mei: Seperti kerjaya yang lain, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya dan tidak selama-lamanya seseorang atlet akan berada di kemuncak kerjaya.

Itu antara ungkapan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim mengenai pengumuman penerjun negara, Kimberly Bong yang membuat keputusan untuk bersara.

“Ia sebenarnya satu perkara yang bagus apabila melihat mereka ini tahu masa mereka sebagai atlet sudah berakhir.

“Kita berterima kasih kepada Kimberly atas sumbangannya kepada Sarawak dan Malaysia. Beliau telah menyumbang khidmat kepada negara dan kami berharap akan ada lebih ramai lagi Kimberly Bong yang akan lahir selepas ini,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Menurutnya, Kimberly, 22, lebih mengetahui punca persaraannya pada usia muda.

Atlet 3m papan anjal dan platform 10m itu mula mencuri tumpuan apabila muncul sebagai peserta Kejohanan Grand Prix (GP) Terjun FINA Australia 2016 pada usia 14 tahun.

Selain pingat emas Sukan SEA dan Terbuka Malaysia 2023 menerusi terjun, Kimberly turut merangkul perak dan gangsa dalam Sukan SEA edisi 2021 dan 2017.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata kementeriannya dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan membangunkan lagi setiap sukan di Sarawak demi kesinambungan sukan.

“Ini akan diteruskan sehingga bila-bila dan ini juga merupakan faktor mengapa Sarawak memberi tumpuan terhadap bidang sukan. Ini menjadi faktor mengapa Sarawak memilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

“Kita mungkin akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) kelak. Kita telah menyatakan minat kita kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan