Search
Close this search box.
PC Image mengadakan karnival 'WOW Big Sale' dengan penawaran diskaun barangan IT sehingga 80 peratus sempena perayaan Gawai yang akan datang. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

PC Image adakan jualan ‘WOW! Big Sale’ sehingga 80 peratus sempena Hari Gawai

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 25 Mei: Gedung barangan teknologi maklumat (IT) terbesar di Malaysia, PC Image kini kembali dengan tawaran hebat dengan jualan promosi ‘WOW Big Sale’ sempena Hari Gawai bermula semalam hingga 2 Jun depan.

Pembantu Jualan PC Image Cawangan Vivacity, Rahmat Mohamed berkata, promosi kali ini turut merangkumi semua barangan IT dengan diskaun sehingga 80 peratus khusus kepada pelanggan yang ingin membuat pembelian sempena perayaan Gawai yang bakal tiba.

Pembantu Jualan PC Image Cawangan Vivacity, Rahmat Mohamed ketika ditemui TVS, di sini, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Kata Rahmat, antara promosi barangan elektronik terhebat yang ditawarkan PC Image kali ini adalah seperti komputer riba, televisyen dan pembesar suara.

“Untuk promosi kali ini, penaja utamanya adalah pihak Logitech. Kami ada membuat cabutan bertuah ‘Buy and Win’ yang mana jika pelanggan membuat pembelian dalam satu resit atau invois, maka mereka boleh menyertai cabutan bertuah tersebut.

“Bagi pelanggan yang mempunyai keahlian PC Image juga boleh menyertai permainan ‘Save and Win’ dengan pembelian minimum sebanyak RM200 dan ke atas, manakala bagi skim bayaran ansuran pula, pelanggan tidak dikenakan sebarang caj dan kadar faedah,” katanya ketika ditemui TVS, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmat berkata, antara barangan IT yang menjadi pilihan pelanggan semasa jualan promosi kali ini ialah tetikus dan papan kekunci.

PC Image mengadakan karnival ‘WOW Big Sale’ dengan penawaran diskaun barangan IT sehingga 80 peratus sempena perayaan Gawai yang akan datang. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

“Barangan tersebut mendapat pengurangan harga sebanyak 20 hingga 30 peratus, berbanding sebelum ini hanya untuk harga ahli hanya diskaun 10 peratus sahaja.

“Terdapat juga barangan yang (dijual) dengan setengah harga, tidak semua tetapi kebanyakan barangan Logitech tetap ada diberikan penurunan harga (diskaun).

“Selain itu, pihak kami juga ada promosi untuk jenama Acer yang mana jika anda membeli komputer riba dengan pemproses Ryzen 5, Ryzen 7 dan ke atas, anda boleh mendapat mesin pencetak Canon E410 secara percuma,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung yang ditemui, Steve Nge berkata, beliau amat tertarik untuk membeli perkakas elektronik di PC Image apabila melihat jualan promosi yang sedang berlangsung ketika ini.

“Saya membeli papan kekunci ini di sini (PC Image), ia kelihatan sangat berkualiti, jadi saya ingin mendapatkannya kerana apabila saya melihat diskaun sehingga RM300, saya fikir ia adalah tawaran yang cukup baik,” ujarnya.

Manakala, menurut seorang lagi pengunjung, Mohamad Fairuz Ali menyifatkan PC Image sebagai gedung barangan elektronik yang menawarkan harga yang berpatutan dan murah jika dibandingkan premis yang lain.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelbagai promosi yang diadakan di laman Facebook rasmi PC Image.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PC Image, sila layari pcimage.com.my/tvs. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan