Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Pelancaran Pameran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

MCMC menang anugerah kecemerlangan Geospatial Dunia 2024 – Fahmi

ByRegina Lee

KUCHING, 25 Mei: Kejayaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang telah meraih anugerah kecemerlangan Geospatial Dunia 2024 di Rotterdam, Belanda baru-baru ini menjadi kebanggaan Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, MCMC menerima anugerah tersebut bagi kategori telekomunikasi untuk sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM).

“Daripada lebih 200 organisasi yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, hanya lapan dari seluruh dunia yang menang, dan salah satu daripada lapan organisasi tersebut ialah MCMC.

“Tahniah saya ucapkan kepada pihak MCMC atas pencapaian ini,” katanya kepada permberita setelah merasmikan Pelancaran Pameran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, di sini hari ini.

Tambah beliau, sistem CIPM telah memberi manfaat kepada lebih 1,000 pengguna di seluruh negara, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sistem ini telah dimanfaatkan oleh lebih 1,000 pengguna di seluruh negara terutama PBT dalam menguruskan infrastruktur telekomunikasi seperti mengenal pasti antena, sistem radio dan sebagainya.

“Bukan sahaja ia bantu mengenal pasti permit yang perlu dikemas kini bagi tahun yang sama, tetapi juga meningkatkan pendapatan bagi PBT,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, CIPM telah mentransformasikan industri telekomunikasi dengan menghapuskan ketidakcekapan, halangan birokrasi dan proses meluluskan permit secara konvensional yang memakan masa.

CIPM menyumbang kepada pengurangan signifikan proses kelulusan daripada 90 hari kepada hanya 14 hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan