Search
Close this search box.
Seekor kucing telah menyebabkan dewan perbandaran Dokkum di Belanda digenangi air, menyebabkan kerosakan berjumlah €325,000 (RM1.6 juta). (Foto hiasan Envato)

Kucing sebabkan Dewan Perbandaran Belanda digenangi air, kerugian cecah RM1.6 juta

ByBernama

AMSTERDAM, 25 Mei: Seekor kucing telah menyebabkan dewan perbandaran Dokkum di Belanda digenangi air, menyebabkan kerosakan berjumlah €325,000 (RM1.6 juta), menurut pentadbiran bandar itu, lapor Agensi Berita Jerman.

Kucing itu ditemukan di dewan perbandaran berkenaan semasa kerja-kerja pembinaan pada Mei tahun lepas, lapor stesen penyiaran Omrop Fryslân pada Jumaat.

Oleh kerana tidak dapat menangkap kucing itu, bangunan di wilayah Frisia berkenaan dikunci sementara. Kucing tersebut kemudian dipercayai membuka paip, menyebabkan air bocor tanpa disedari membasahi perabot dan dinding serta melalui lantai memasuki bilik bawah tanah.

Kerosakan tersebut begitu teruk sehingga beberapa kakitangan terpaksa bekerja sementara di bangunan lain. Beberapa dinding dan lantai terpaksa diganti.

Pada mesyuarat majlis perbandaran pada Khamis malam, ahli majlis Bert Koonstra membentangkan bil terakhir hampir €325,000.

“Insurans akan membayar kerosakan tersebut,” katanya. “Kita kini boleh menutup fail kucing ini.”

Tidak dapat dibuktikan dengan pasti bahawa kucing itu benar-benar bertanggungjawab membuka paip berkenaan, kerana tiada siapa yang menyaksikan haiwan itu melakukannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan